#header-inner {text-align: center ;}

Sunday, January 30, 2011

Suatu Malam Yang Pelik.

kita tengok jam pukul 1.
perasaan kita malam tu pelik betul. 
macam ada benda yang tak kena.
kita tengok semua orang da tidur.
kecuali kakak yang ada kat bilik sebelah tengah skype dengan zubair.
dee kat depan tengah tengok movie.
auntie dengan cik lin masing-masing tengah online kat dalam bilik dia orang.
(maknanya tak semua la yang da tidur..=.=' sengal la kau syaza..)

tapi malam tu hati kita macam gelisah sangat.
perasaan macam ada yang tak kena.
tiba-tiba kita terdengar suatu bunyi-bunyian yang pelik.
kejap ada. kejap tak ada. kejap-kejap panjang bunyi dia.
klup,...kluuuuuup..klup.

kita tengok la kiri kanan.
kot-kot ada benda yang tak kena.
kita pergi la tengok si putih fluffy tu, dia ke yang keluar kan bunyi? bukan...
sebab rabbit tak ada bunyi.
kite pergi tengok kat hamsters pulak..bukan...
bunyi dia orang lain.
bunyi dia orang macam bunyi orang ketuk besi.
(sebab hamsters memamg suka gigit-gigit besi sangkar)

tiba-tiba dengar lagi satu bunyi.
krooohhh...krohhhhhh.
kuat gila.
tapi kita tak la cemas sangat. sebab tahu tu bunyi yang semulajadi keluar bila pakcik tengah tidur.

kita duduk balik depan laptop.
bunyi tu keluar lagi.
kita pandang bawah.
rupa-rupanya, bunyi itu keluar dari perut yang tengah menangis meminta belas kasihan.
T_T
lapar~~

pergi dapur tak ada benda nak makan.
nak masak maggi malas.
TT_TT

tiba-tiba ternampak cereal POST Great Grains kakak punya.
nampak bersinar-sinar je cereal tu berdiri kat atas meja.



dengan hati yang berbunga-bunga minta kakak nak makan  benda itu.
dengan dinginnya dia jawab: 'makan la, tapi kalau da makan tak reti nak tutup elok-elok sampai bersemut akak tumbuk muka aja'
(perbualan dia memang selalunya brutal macam ni, ni menunjukkan kemesraan kami berdua..)

T_T tak kisah la.
asal dapat makan.
jadi kita pun berusaha letak cereal tu elok-elok dalam container yang kedap udara.



wahhh...akhirnya! 

pandang dengan mata yang bersinar-sinar!


p/s: terasa diri sangat poyo...



Saturday, January 29, 2011

new family member! ^^

ok.
mama manage to find a partner for my anggora rabbit! 
yay!



she is too adorable! ^^

kita nak bawa dia tidur!
oohh i love her very much!




look at my finger..boleh bayang kan tak betapa tebal bulu dia!




fluffy!!


sugar-sugar smooch smooch..(●*∩_∩*●)


tak menyempat tukar baju, balik-balik terus posing dengan si putih yang fluffy ni! ^^


oh ye..dont forget the hamsters even after we have that adorable little cute baby!



total of all the fluffies we have now:

rabbits: 2
hamsters: 14
(*^ -^*)

lagu kegembiraan!



p/s: schni schna schnappi schnappi schnappi schnapp. ^^ (lagu tema my pets!)








Friday, January 28, 2011

Kurosaki-kun!

well, as people who read manga..they will surely know who is Kurosaki Ichigo, but for you who dont read manga, i ll  write briefly about him.


he is a main character in my favorite manga, Bleach. well, his name is Kurosaki Ichigo. he is a teenager that have shinigami power(death god in Japan). he is able to fight with ghost, apart from having a toned and strong body, he is very caring and loving person..he is responsible and just plain hot!! (。❤‿❤。)

haih..memang nampak pathetic kalau kita terlampau obses dengan anime character. yela..they are not exist! manusia yang bina character dia! tapi KITA TETAP SUKA DIA! hoho
(✿ ♥‿♥)

yang sebenarnya bukan la kita ni terlampau gila sampai nak terhegeh-hegeh dekat character ciptaan orang yang tak wujud tu. tapi apa yang kita harap ialah..nak jumpa dengan seseorang yang ada macam dia.
(memang obses la ni~ tak payah la kau nak cover-cover lagi syaza oi~)

T_T
yes, i am a pathetic young lady who have a very pathetic life and dreaming about meeting a guy that no exist!

mana nak jumpa lelaki macam ni sekarang..
yang hensem,kuat,baik.
kelakar
penyayang
bright
very protective.
[ kenapa kita bold kan pun kita tak tau....=.=' ]

hmm...guess i have to face the reality..
come on la syaza~ wake up! 

hoho...no no...apa-apa pun jadi..kita akan tetap jadi peminat setia awak Kurosaki Ichigo! 
no matter what..i will still read Bleach!
terima kasih Tite Kubo kerana telah mencipta suatu character yang sangat best!
(~o ̄▽ ̄)~o

OMG~ kau ni syaza betul-betul obses rupanya...T_T




p/s: nak ikut balik Bleach Anime..da lama tak ikut sebab sibuk dengan SPM tahun lepas..sempat baca manga je..



Thursday, January 27, 2011

Do i know u Sweetie?

tadi kita pergi on Facebook, main Cityville...lepas tu ada la usha-usha request orang, ada la beberapa friend request..kawan lama kat sekolah rendah..kita confirm...sebab kawan lama..tiba-tiba ternampak ada seorang manusia yang telah me-request friend, dekat situ facebook kata kita dan dia ada 3 mutual friend..



lepas tu kita tengok la profile dia..tengah ingat balik kot-kot kita kenal ke tak dengan orang ni..tengok tengok lagi...and i was like..."who are you??"
lepas tu kita ternampak la friend list dia..guess berapa?? more than what you think baby..!! awak...do you really know each one of them in your friend list??

tak salah untuk request friend..atau awak nak buat kenalan baru melalui Facebook...nak berkawan tak salah kan..
tapi kita nak tanya awak..awak jamin tak kalau kita confirm friend request ni..awak akan tegur kita lepas ni..berbual..chatting..comments....atau awak hanya akan ignore kita...asalkan kita da confirm kan request awak.. 

ke awak saja nak penuhkan friend list awak..? so you will look so famous among your friend in facebook because you have more friend in your friend list...
(banyaknya perkataan friend kat sini..~~)

serius kita kata..kita tak kisah nak confirm kalau awak betul-betul nak kawan dengan kita...tapi kalau awak hanya nak gunakan account Facebook kita untuk penuhkan friend list...sorry...you are not for me...(macam dalam drama pulak)

tapi kita bukan la nak kata yang kita kenal semua orang kat dalam friend list Facebook kita...ada jugak yang kita confirm juga walaupun tak kenal...apa yang kita cuba buat kat sini ialah mengubah persepsi orang terhadap Facebook...ni adalah halaman yang dicipta oleh Mark Zuckerberg untuk kita semua bersosial...bukan untuk saja-saja request friend kat orang lepas tu buat tak tau je kat orang yang kita baru minta nak jadi kawan kita...=.='

tapi kita cakap orang..actually kita pun macam tu juga..kita pun tak tegur sangat dengan kawan-kawan kat Facebook..kadang-kadang ada juga nak make some effort nak mulakan perkenalan..tapi...segan la~~ hik hik hik  

pokoknya...facebook bukan tempat anda untuk me-request semua orang yang ada account hanya untuk buat awak nampak popular!

oh ye..lagi satu...kalau awak nak request friend...whats up with your profile picture? clearly you are not a cartoon character...and for sure some hot korean artist would not wanna be friends with me...
at least put your real name please...i know your last name is not Bieber or some craps name like    
'saya die punye saje~'
how do you expect me to recognize you??

yang sebenarnya, kita tak kisah awak nak buat semua ni...tapi sekuang-kurangnya..bila nak request friend dengan kita, tolong la buat saya kenal atau ingat siapa awak ni...

bukan apa... sekarang kan ada macam-macam jenayah yang berlaku melalui internet..
takut la...kalau-kalau kita main confirm je semua request friend walaupun tak kenal..rupa-rupanya one of them turn out to be a sex maniac! takut~
kalau-kalau dia usha-usha gambar kita dengan penuh perasaan..(you know what i mean)
lepas tu kasi message gambar yang tak senonoh...
oh tidak!!!! *tutup muka



what the??


p/s: Facebook memang isu semasa generasi zaman sekarang..^^



Love Status

i am eighteen now. i want to change my status in Facebook from single to in a relationship. memang tunggu da lapan belas tahun baru nak buat benda ni. sebab, rasa kelakar tengok budak-budak yang baru 12 tahun, 13, 14 yang da kemaruk sangat bercintan-cintan ni buat status da married with (partner's name)..so, kita memang tunggu eighteen baru nak buat.

bila kat facebook, kelakar betul la tengok budak-budak ni...(cehwahh..mentang-mentang la kau da 18 tahun seronok betul panggil orang lain budak..!)
bila tengah seronok di lamun cinta..macam-macam status sayang kat facebook..

I Sayang you la Honey~
You are the only one for me~
I Love You (partner's name)~
Dia Saya Punya Saje~

then tengok-tengok bulan depan da divorced pulak..
next month pulak tengok...da married balik tapi dengan orang lain..

maaf kalau terasa, ini general talking..(∪ ◡ ∪)

tapi, bila kita fikir balik..bukan untuk budak-budak bawah umur je kot..untuk kita yang da 18 tahun ni pun tak bermakna kita boleh buat over-over macam ni..i mean i am not married yet. so why do i need to tell the whole world about my relationship. kita tak pasti lagi either kawan kita sekarang tu akan berkekalan ke tak. orang yang da kahwin pun boleh bercerai..apa lagi untuk orang-orang yang baru tengah bercinta ni..

so kepada mereka yang belum lagi kahwin tapi da penuhkan blog mereka dengan bunga-bunga cinta kau orang..cuba fikir balik..kalau la satu hari..kau da putus dengan si polan ni 
[lets pray you're not..(◕‿-) ]..
da tak ada apa-apa dengan si dia..no more you and him/her....


then one day, there is one guy..and you really want to get to know him more..kau tak tau lagi hati dia macam mana..kau baru nak kenal-kenal dia..tapi at the same time sebelum ni..dia memang ikut blog kau dari dulu.. dia da baca da semua post kau pasal bekas teman lelaki kau..kau tak rasa segan ke? dengan post-post kau yang kata
 'ohh..aku tak dapat hidup tanpa kau...aku sayang kau gila'...
pasti 'si guy' ni akan rasa kau ni macam..............easy?? tak tau la word yang sesuai..tapi awak semua paham kan..

so, kalau awak da ada steady boy/girl friend...that's it..
i sayang u..u sayang i..
dont need to tell the whole world..dont need to let it all out about your feeling...
keep it between you two..

as my mama said..orang yang senyap-senyap bercinta ni akan lebih lama kekal than rather orang yang overexposed pasal relationship dia orang..

bila da kahwin nanti...baru la boleh dedicate the whole blog to your hubby..kan lebih special macam ni..(✿◠‿◠)


p/s: thanks mama..=)

Wednesday, January 26, 2011

Sing My Song

And so, i have this tune that i been playing for quite a while. I've been humming the melody in my head, but the problem is..LAGU INI TAK ADA LYRICS!!


ada siapa-siapa yang boleh tolong tak? kita sangat sungguh dan amat tak kreatif dalam bab-bab berkata-kata ni.
Tapi yang peliknya, bila time nak merapu dan bercakap kosong, boleh pulak kita memikirkan dan membuahkan pelbagai idea. 


haih...everytime nak try buat ni, my mind goes blank..like nothing, zero! kaput! what to do? otekay otekay?
aigoo~


i want to be like him him him. ^^





p/s: boleh tak kalau awak nak main lagu More Than Words buat plucking. kalau strumming macam tak kena and rasanya macam merosakkan lagu...T_T

Tuesday, January 25, 2011

the problem with sleep.

ya..memang tidur sangat seronok. tapi bila kita da selalu tido, tido pun boleh jadi sesuatu yang membosankan.
seperti kita...sebab merasakan tidur itu adalah sesuatu yang tak penting(buat masa sekarang la...) 
kita tak akan tidur kalau jam kat laptop ni tak menunjukkan waktu 5.35 a.m (≧◡≦)


huhuhu....ya memang boleh bawak penyakit...da banyak kali kena marah dengan pihak-pihak atasan. tapi nak buat macam mana....tak ngantuk...nafsu untuk browsing lebih membuak-buak daripada nafsu tidur....
boleh baca BLEACH [Kurosaki-kun~~~~ my honey sweetie pie smooch smooch  (✿ ♥‿♥) ]
boleh tengok YOUTUBE~
FACEBOOK~~


dengan ini, terbuktilah bahawa kadangkala internet memang membawa banyak keburukan terhadap manusia sejagat..T_T


baiklah! kita mahu berubah! tak mahu lagi tidur lewat...! 
*alis mata yang yakin dan bersinar-sinar seperti Nobita yang berazam nak buat homework




p/s: tak ada point nak cakap apa actually..tapi nak post jugak sebab jakun dengan blog..
maklumlah....makcik dari kampung yang baru nak kenal blog memang macam ni...hoho



blog oh blog =.='

penat jugak nak mendalami ilmu blog ni ye.walaupun tak cantik dan tak gorgeous macam blog-blog lain, tapi ni la sekadar yang termampu kita buat untuk masa sekarang. dont worry, i have plenty of time for blogging..^^ so, harap-harap waktu itu tak terganggu dengan kehadiran mak cik comel a.k.a mama. (sekarang ni pun dia da sibuk kat tepi ni sebab nak main cityville dia tu~)

BY THE WAY,
persoalan yang bermain di kotak fikiran kita sekarang ni ialah, kita tulis banyak-banyak kat blog ni ada ke orang yang nak baca?? T_T

baik lah...mak cik comel and kakak, fathin ni asyik menyendeng kat tepi nak bukak cityville.

ok tata!



Monday, January 24, 2011

Hey Blog!

Hey! kita Blogger baru kat sini. actually, sebelum ni kita tak ada minat pun nak buat blog. tapi oleh kerana kita mempunyai kadar kelapangan masa yang melebihi kadar purata orang yang normal..kita, Nur Syaza Gani, telah memutuskan untuk akhirnya membuat blog ini!! (hoho...*muka bersemangat) haih... memang kehidupan dua hingga 3 bulan lepas SPM agak membosankan..nak nak kalau parents tak kasi kerja. (actually memang tak ada niat pun nak cari kerja..hikhik) 

okay..(tak tau apa nak tulis lagi...=.=')
kita mengaku kita ter-influence dengan blog kakak kita..hehe..tak salah kan tiru sikit-sikit.tak ada idea..lagipun adik beradik kan sepatutnya tak kisah dan sangat mesra...muah muah kakak! sharing is caring..sayang awak! ^_^

hmm..sebelum terpikir nak buat blog ni, kita ada la browse browse course apa yang patut di amik lepas ni..tapi this feeling untuk pilih course is always distracted by the feeling of coming SPM result..T_T oh my oh my...asyik dapat mimpi je pasal the day. 
so, thats why la i thought of blogging..baca-baca blog orang lain tengok macam best je mereka merapu. bukan main lagi diorang semua meluahkan perasaan luluh cinta diorang kat sini..yang kecewa lain..yang frust lain.. 
SAYA PUN NAK JOIN! 

ok..baru je buat blog..dah tulis banyak...(banyak ke~~)

ok..tata...


p/s: masih tengah mendalami ilmu-ilmu berkaitan blog..kakak..tolong~~@_@ (kenapa asyik terkentut je dari tadi ni....???)