tersebutlah kisah suatu malam si Syaza ni rasa lapar..
lalu ia pun pergi ke dapur untuk memasak dua bungkus maggi ayam (sebab nak kongsi dengan mak dia..bukan nak melantak seorang-seorang)
oleh kerana tekak dia terasa nak makan pedas-pedas dia pun pergi lah memotong 3 biji cili padi untuk di hidang bersama kicap manis 'Habhal's' (kicap yang sangat sedap jenama turun temurun) dan dijadikan menu bernama 'cili potong letak kicap..'
tatkala ia memotong cili-cili tersebut..dengan tidak semena-mena biji cili itu telah terpelanting ke arah biji matanya yang tengah dok tenung dekat-dekat cili tu..
(posisi yang tengah membongkok sikit dan renungan mata yang tepat ke arah cili tersebut)
dan kemudian dia pun meraung...
'mama....mama....mama...'
yang mak pikir cucunya tekena minyak panas..
yang Farah (sepupu kecil) da mula risau...dia memang senang risau tak tentu arah...
tak lama kemudian si mama pun datang ke arahnya dan bertanya kenapa.
si Syaza dengan nada yang macam nak nangis...cakap...
'cili masuk mata aja~'
kemudian si mama telah mengepit kepala anaknya di bawah ketiak dia. lalu membasuh mata anaknya dekat sink..
lepas da lega sikit..
nah..amik kau...mata si Syaza da merah dan sedikit bengkak..(macam orang baru lepas nangis...padahal tak nangis sangat pun)
akibatnya mata si Syaza ni terasa pedas untuk setengah jam yang berikutnya...
terpaksa menikmati maggi dengan perasaan pedas di mata..
p/s: moral of the story..kalau agak-agak nak tenung dekat-dekat time potong cili standby dengan cermin mata...