#header-inner {text-align: center ;}

Thursday, July 28, 2011

you are my sun.

matahari adalah satu bintang yang besar yang menjadi pusat kepada sistem solar kita. Ia menerangi angkasa dengan api yang sangat terang, termasuklah bumi. tanpa matahari maka gelap gelita lah dunia kita..


 no, bukan nak cakap pasal matahari sebenarnya, tapi nak cakap pasal bintang besar yang menyinari hidup kita sejak kita keluar dari uterus dan sejak kita pertama kali buka mata..di mana semasa itu cahaya yang pertama kita lihat mungkin adalah cahaya lampu kat bilik bersalin..


so, bintang yang kita maksudkan itu ialah mama kita.
ye..awak cik Pojie(nama glamour dia).


di saat-saat kita sedih, marah, tak puas hati, gembira, gemuruh..dan sebagainya..
awak selalu menerangi hati saya dengan kata-kata awak..
walaupun awak jauh..(tak la jauh mana..300km je kot...)
tapi kita selalu rasa awak macam ada 300mm je dari kita..
(tu yang kadang-kadang cuak kalau nak buat apa-apa tu..hoho..)


kadang-kadang kita kalau rasa susah hati kita akan cakap dengan dia..
mula-mula tak nangis..pastu nanti mesti kene marah dengan dia dulu..(bukan marah la..nasihat~)
nanti dia akan salahkan kita dulu sebelum cari kesalahan orang lain..
lepas tu nanti dia akan 'comfort' kita..
masa ni la selalunya kita akan rasa sebak..
tiba-tiba mengalir je air mata..
haha..
tak nak berhenti pulak tu..

kenapa kita rasa macam kita boleh bergantung dengan dia pada tiap masa?
tak tau la..apa-apa kalau ada masalah mesti teringat kan dia dulu..
(bengong kau syaza, ada masalah baru ingat mama..=.=')
tapi tu la, kita tak menipu, memang kalau ada masalah mesti ingat dia..
kesian mama..
selalu kena dengar masalah kita..
hmmmm..


kita sayang awak la cik pojie..
rindu betul kat awak..
tadi masa dengan adi dengan am, tiba-tiba termenung,
pastu tersedar yang kita rindu betul kat mama
huhu..


mungkin ada sesetengah orang yang tak rapat atau mempunyai masalah dengan ibu dia..
kadang-kadang kita tak paham kenapa..
tapi tak boleh cakap juga kan, masing-masing ada masalah sendiri..kita tak tau apa problem mereka..
tapi untuk kita, ibu la segala-galanya..
jangan nak samakan kasih sayang ibu dengan kita (vice versa) dengan kasih sayang antara kita dengan orang lain..



kita sayang mama!


p/s: tak lupa juga pada dee..tapi ni entry pasal mama, lain kali pasal dee pulak ye..i love you jugak dee..^^